Penyakit 3 Serangkai (P3S) - Teman Dikala Usia Senja.

Penyakit 3 Serangkai (P3S) - Teman dikala usia senja.

Penyakit 3 Serangkai (P3S) - Teman dikala usia senja.  

 

Dikala usia memasuki 40-an atau 50-an, macam-macam penyakit akan datang menjengah. Lagi-lagi zaman sekarang, umur 30-an dan lagi muda pun boleh dapat penyakit. Penyakit paling popular dikalangan manusia ni orang Malaysia panggil sebagai 3 serangkai.  

 

Apa Itu Penyakit 3 Serangkai?  

 

Penyakit 3 serangkai adalah penyakit diabetis, darah tinggi dan masalah kolestrol. Majoriti dari penduduk Malaysia pasti akan mengalami masalah ini. Jadi kena dengar betul-betul penerangan yang Farhan ingin sampaikan.

 

Siapa berpotensi terkena penyakit 3 serangkai?  

 

Jika anda ada ciri-ciri ini sila berjaga-jaga.  

 

✅ Perokok

✅ Keluarga mempunyai sejarah 3 serangkai

✅ Penggemar makanan manis

✅ Ada berat badan berlebihan  

✅ Pengguna alkohol

✅ Bekerja secara duduk di pejabat dan tidak melakukan senaman sekurangnya 3 kali seminggu

✅ Gemarkan makanan segera dan berminyak

✅ Ada tompok milia @ biji kolestrol bawah mata dan muka

✅ Wanita mengandung

 

Bagaimana penyakit 3 serangkai boleh terjadi?  

 

Faktor umum untuk penyakit 3 serangkai ni adalah cara hidup, persekitaran dan pemakanan dan genetik.  

 

contohnya :  

 

Sepanjang kita hidup, kita akan makan pelbagai jenis makanan dan secara am makanan kita mengambil nasi (karbohidrat) sebagai sumber tenaga. Insulin adalah satu hormon yang dikeluarkan oleh pankreas kita untuk mengawal kadar gula dalam darah. Lama-kelamaan, bergantung kepada genetik dan gaya hidup, badan kita akan menjadi kalis kepada insulin tersebut, lalu kita akan mendapat penyakit diabetis.  

 

Cara Mengurangkan Risiko P3S

 

Tak Check Tak Tahu! - Menurut sumber kementerian, Malaysia berada di tangga pertama di Asia yang mengalami masalah P3S. 1.1 juta rakyat Malaysia mengidap kencing manis dan lebih separuh tidak menyedari sehingga gejala kronik. Memeriksa paras gula dalam darah boleh mengelakkan dari gejala yang lebih teruk.  

 

Senaman ringan - senaman ringan 30 minit setiap hari boleh membantu utk melancarkan pergerakan darah dan mengelakkan dari penyakit kardiovaskular.  

 

Diet seimbang  

 

- Makan pelbagai jenis makanan.

- Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

- Pilih diet yang tinggi kandungan bijian, kekacang dan legumes.

- Makan lebih sayuran dan buah-buahan.

- Banyakkan minum air (6-8 gelas sehari).

- Pilih diet yang mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah.

- Pilih diet yang mengandungi gula dan garam yang rendah.

- Makan makanan yang bersih dan selamat

 

Mengekalkan berat badan ideal

 

- Kepentingan untuk mengetahui tahap BMI / WHR  

Melakukan senaman secara berterusan / berkala

- Perubahan gaya hidup merupakan kunci penting dalam mengelakkan dan juga merawat penyakit tiga serangkai. -Penurunan berat badan telah terbukti dapat mengawal tekanan darah dan juga kandungan gula di dalam badan.  

 

Dah ada gejala penyakit 3 serangkai? Jom Farhan bantu  cegah.  

 

Klik di sini untuk konsultasi percuma